2012/11/21

MAJLIS KESYUKURAN ANJURAN PIBG SKPG

MAJLIS KESYUKURAN ANJURAN PIBG SKPG

Tarikh      : 21 November 2012
Hari         : Rabu
Masa       : 2.30 petang
Anjuran    : PIBG Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah

Setiap tahun PIBG meraikan guru - guru dan murid - murid Tahun 6. Seperti tahun lepas, pada tahun ini seekor lembu ditumbangkan hasil sumbangan YDP PIBG, Encik Anuar bin Ismail. Majlis Kesyukuran ini dihadiri oleh 5 orang daripada Pegawai PPD Kemaman, Ketua Kampung, wakil dari pihak Balai Polis Kampung Pasir Gajah dan penduduk setempat. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan jayanya dan sungguh meriah.













2012/11/07

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2012

Alhamdulillah akhirnya Majlis Kecemerlangan Ilmu dan Graduasi Prasekolah bagi Tahun 2012 ini telah berlangsung dengan jayanya pagi tadi. Terima kasih kepada semua yang hadir kerana kehadiran pada tahun ini sangat memuaskan. Di luar jangkaan. Ribuan terima kasih juga buat semua yang terlibat bagi menjayakan majlis ini - JKKK , Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) , guru-guru dan semua. Semoga majlis gilang-gemilang seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun-tahun yang akan datang. Insya-Allah.













Tokoh Murid Lelaki Tahun 2012 . Seorang murid yang  berhemah tinggi dan cemerlang di bidang akademik dan kokurikulum.
Sekian Terima Kasih.











2012/11/06

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2012

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN ILMU &
 GRADUASI PRASEKOLAH 2012

TARIKH       :   07 November 2012
HARI            :   Rabu
MASA          :   09.45 pagi
TEMPAT      :   Pentas Gemilang SKPG
PERASMI     :   Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman

Antara hadiah yang disediakan untuk pelajar - pelajar yang cemerlang.

Contoh medal - terbaik matapelajaran Tahun 5.

 Semoga majlis ini berlangsung dengan jayanya dan sentiasa diberkati oleh - Nya ..

2012/11/05

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKPG

Kejohanan sukan tahunan sekolah telah diadakan pada 26 September 2012 .Kejohanan ini telah berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah.Acara kejohanan ini berlangsung tepat pada 2.30 petang.


Pelbagai acara yang telah dijalankan seperti acara lari dalam guni,mengisi air ke dalam botol dan pelbagai acara lagi.Ibu bapa dan para guru juga terlibat untuk menjayakan kejohanan ini di mana mereka berpeluang untuk turut serta menyertai acara-acara yang dipertandingkan.

2012/11/02

LAWATAN BERMAKLUMAT

Pada 31 Oktober 2012 seramai 37 orang murid tahun 6 bersama 4 orang guru telah menyertai satu lawatan bermaklumat ke Kuala Terengganu. Tempat - tempat yang dilawati ialah Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam ( TTI ), Planeterium di Terengganu Trade Centre ( TTC ) dan Dataran Syahbandar.













 Para pelajar sungguh seronok ketika lawatan ini berlangsung. Banyak faedah yang diperoleh dan dapat menambah lagi pengetahuan pelajar. Lawatan bermaklumat ini memang membuka minda dan mata para pelajar tentang sesuatu perkara.

Akhir kata, terima kasih buat semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan lawatan ini. Ribuan terima kasih juga buat ketua rombongan ini, Cg Zawawi dan semua guru yang terlibat - Teacher Nor Zaliha, Puan Rohaya dan Ustaz Zamli.