2012/12/23

EPIC BANTU MURID MISKIN


Pada 19 Disember 2012, pihak Epic telah memilih 40 orang murid miskin dari Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah dalam program 'Back To School' 2013 anjuran Eastern Pacific Industrial Corporation (Epic) Bhd bertemakan 'Epic Cares'. Kegembiraan dan rasa teruja jelas tergambar di wajah para pelajar tersebut kerana mereka bukan sahaja dibawa membeli-belah di kompleks beli-belah Mesra Mall malah turut dihibur dengan pelbagai aktiviti yang menarik. 

Program ini juga dapat meringankan beban para ibu bapa sempena sesi persekolahan tahun baru 2013 akan bermula tidak lama lagi. Maklum balas daripada pihak murid, mereka sangat berpuas hati dengan program tersebut. Dengan ini, pihak sekolah amat berterima kasih kepada pihak Epic dan semua yang membantu. Kami juga berharap banyak lagi pihak yang tampil membantu sebilangan murid yang kurang berkemampuan di sekitar Kanpung Pasir Gajah ini.