2013/05/27

PERKHEMAHAN SKPG 2013

Assalamualaikum

Pada 16 Mei 2013 telah berlangsung hari guru dan pada hari yang sama pihak sekolah telah mengadakan hari perkhemahan peringkat sekolah yang bertempat di padang sekolah.Semua guru dan murid tahap dua terlibat dengan perkhemahan tersebut.

Murid-murid diarah untuk mendaftarkan diri pada jam 3.00 petang ,sejurus selepas itu aktiviti memasang khemah juga dilakukan.

Pelbagai acara yang telah dijalankan sepanjang hari perkhemahan tersebut seperti malam kebudayaan,demonstrasi kebakaran bersama anggota bomba ,pertandingan masakan dan juga pertandingan kawad kaki.

Sedikit bingkisan buat tatapan pembaca blog SK Pasir Gajah.















 Sekian ,Terima Kasih.


2013/05/21

SAMBUTAN HARI GURU SKPG 2013

Assalamualaikum

Pada 16 Mei 2013, telah berlangsungnya sambutan hari guru peringkat sekolah.Sekolah kami iaitu SK Pasir Gajah tidak melepaskan peluang untuk menyambut hari guru seiring dengan tema hari guru pada tahun ini iaitu 1 Aspirasi, 1 Agenda.

Semua murid,guru dan kakitangan terlibat menyertai acara yang telah diadakan seperti mengisi air di dalam botol,menysun tin ,acara tarian guru yang bertemakan 60-an dan juga acara yang melibatkan murid-murid.Bacaan yasin juga turut diadakan.









Sekian,terima kasih.