2010/05/26

Sambutan Maulidurasul 2010

Sambutan maulidurasul SKPG disambut pada 3/3/2010 dimulakan dengan perarakan murid2 SKPG ke Masjid Kg. Pasir Gajah. Mereka dibahagikan ke dalam kumpulan rumah sukan masing2, dan telah mencipta kain rentang dan hiasan untuk perarakan tersebut. Kemudian, sambutan diteruskan dengan penyampaian ceramah di masjid daripada Ustaz Che Ku Azman yang dijemput khas dari SK Chukai.






Hari Sukan SK. Pasir Gajah 2010

Pada 25/2/2010 hari sukan SKPG telah dijalankan dan upacara pembukaan telah dirasmikan oleh Pn. Hjh. Rohani bt Abdullah (Pegawai khas kepada Menteri Belia & Sukan merangkap Ketua Wanita UMNO Kemaman). Antara acara utama yang telah dipertandingkan ialah, sukan olahraga dan sukaneka yang melibatkan seluruh warga SKPG. Acara balapan menjadi tumpuan warga SKPG dan bagi rumah2 sukan yang bertanding telah memberi sokongan padu demi merebut tempat teratas dan mengumpul pingat sebanyak mungkin. Menjelang petang, suasana padang menjadi semakin riuh apabila pemenang keseluruhan diumumkan. Johan hari sukan pada tahun ini menjadi milik Rumah Kuning yang diketuai cikgu Mohd Noor, manakala tempat kedua jatuh kepada Rumah Merah yang dipimpin oleh cikgu Mohd Yusof dan tempat terakhir, Rumah Biru (ketua: cikgu R.Zahari)

Upacara pembukaan


Barisan rumah2 sukan


Acara balapan & Sukaneka





Pelbagai gelagat yang dapat diperhatikan sepanjang aktiviti tersebut dijalankan. Para guru, ibu bapa dan murid2 begitu bersemangat dan teruja memberi sokongan kepada para peserta yang mengambil bahagian. :)



Penyampaian hadiah




Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33

Mesyuarat Agung PIBG kali ini diadakan di Dewan Harmoni pada 18/2/2010 dan dirasmikan oleh YB. Wan Abd. Hakim.

Gotong-royong Membersihkan Kawasan Sekolah

Kawasan SK.Pasir Gajah telah dibersihkan dan dibaikpulih dengan kerjasama warga SKPG pada 29 Januari 2010. Pelbagai kerja pembaikpulihan telah dilaksanakan sepanjang aktiviti tersebut dijalankan. Termasuklah mengecat semula pasu2 di kawasan sekolah, mengalih tapak semaian, membaiki pagar belakang sekolah, menanam pokok dan penambahbaikan landskap sekolah. Para guru dan kakitangan sekolah yang turut memberikan sumbangan tenaga dan idea telah menjayakan aktiviti ini. Kesungguhan dan kerjasama antara mereka jelas dilihat sepanjang aktiviti ini dilakukan.



kerja2 mengalih tapak semaian

Bekerjasama mengecat pasu dan membaik pulih landskap.

Membaiki pagar

2010/05/25

Sambutan Ma'al Hijrah 2010 warga SKPG

Pada 14 Januari 2010, sambutan Ma'al Hijrah telah dianjurkan bersama warga SK.Pasir Gajah. Sambutan tahunan ini telah dimeriahkan lagi dengan anjuran pelbagai pertandingan dan aktiviti seperti, pertandingan nasyid dan sebagainya. Penyertaan para murid amat menggalakkan menjadikan aktiviti2 yang dianjurkan lebih menyeronokkan.