2010/09/23

UPSR

23 September 2010

Semalam selesailah sudah Peperiksaan UPSR yang merupakan kemuncak bagi setiap sekolah rendah di Malaysia.

Alhamdullilah, syukur pada ilahi kerana semua calon di SKPG telah dikurniakan dengan kesihatan yang baik dan mampu menduduki peperiksaan tanpa sebarang masalah. Semoga usaha murid-murid SKPG akan mendapat kejayaan yang akan mengharumkan nama SKPG.

Kepada guru-guru tahun 6, jangan gundah-gulana insyallah segala usaha dan berkat doa murid-murid kita akan berjaya. Apa pun jutaan terima kasih kepada mereka yang selama ini bertungkus-lumus mendidik anak bangsa tanpa mengira masa dan penat lelah. Terima kasih sekali lagi.

Tidak lupa jua kepada guru-guru yang keluar bertugas menyelia peperiksaan UPSR ucapan terima kasih kepada mereka semua, kerana merekalah antara insan-insan yang menjayakan peperiksaan UPSR.

Sekian.

mrb

2010/09/20

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2010

Program Hari Kemerdekaan pada 30 Ogos 2010

Pada Bulan Kemerdekaan ini pelbagai aturcara telah diaturkan bagi menghayati dan memeriahkannya. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut:-

1) Pertandingan Menghias kelas.
2) Pertandingan Silang Kata.
3) Pertandingan Mewarna.
4) Kuiz kemerdekaan.

Kemuncak Bulan kemerdekaan berlansung pada 30 Ogos dimana pelbagai acara telah dilansungkan dengan meriah dan penuh dengan semangat patrioritik. Tayangan slide Kemerdakaan yang telah dibekalkan oleh Kementerian telah berjaya menarik minat murid-murid terhadap sejarah Kemerdekaan Negara kita.

Majlis juga diturut dimeriahkan dengan perkongsian pengalaman dari tetamu undangan sekolah SKPG iaitu Tn.Hj Yusof bin Kamarudin selaku warga emas dan juga Imam kampung Pasir Gajah.

Seterusnya majlis diteruskan dengan penyerahan hadiah dan cenderahati kepada pemenang kuiz dan pertandingan.

Dewan SKPG juga turut didendangkan dengan lagu-lagu sambutan kemerdekaan dan patrioritik dari murid-murid. Akhir sekali SKPG telah digegarkan dengan laungan Kemerdekaan dari murid dan guru SKPG.




Titip Kasih

Program Titip Kasih Pada 19 Sept 2010.

Semalam berlangsunglah sudah program Titip Kasih yang simboliknya menandakana tamatnya pendidikan dari kami guru-guru SKPG kepada calon-calon UPSR. Majlis diacarakan oleh Pn.Azila dan disempurnakan oleh yang berusaha Puan Guru Besar Pn.Hjh Naslah.