2013/09/18

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN KEMERDEKAAN

Assalamualaikum

Pada 15 September 2013, SK Pasir Gajah telah mengadakan majlis penutup sambutan kemerdekaan.Majlis tersebut berlangsung di SK Pasir Gajah pada pukul 8.00 pagi.Semua murid tahap 1 dan tahap 2 terlibat dalam acara yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti basikal berhias,pakaian patriotik,pertandingan mewarna poster dan juga nyanyian lagu patriotik.

Sambutan majlis tersebut berjalan dengan lancar.Murid-murid juga sangat gembira dan teruja dalam menjayakan majlis tersebut sekaligus menyambut Hari Malaysia yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik.






Sekian,Terima Kasih

2013/09/17

SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA DAN PERPISAHAN

Assalamualaikum

Syawal baru sahaja melabuhkan tirainya,pihak SK Pasir Gajah tidak melepaskan peluang untuk meraikan sambutan majlis tersebut dan meraikan majlis perpisahan En Mohamad Zawawi bin Mohamad yang telah bertukar ke SK Pusat.

Beberapa aktiviti dijalankan sepanjang majlis tersebut antaranya persembahan murid Tahap 1 dan Tahap 2.Selain itu juga aktiviti cabutan bertuah juga turut berlangsung dan tidak dilupakan ucapan yang dialu-alukan dari Tuan Guru Besar En Tajudin Mohamad juga kedatangan yang diraikan En Mohamad Zawawi bin Mohamad.










Sekian ,Terima Kasih