2011/04/23

Hari Sukan Tahun SKPG Kali Ke-28










Syabas kepada seluruh warga SKPG yang telah menunjukkan kekuatan team work !Walaupun banyak yang perlu ditambahbaik tetapi tidak nampak kepincangannya kerana kelancaran majlis tersebut.Terimakasih kepada usaha kalian .Apa yang dapat digambarkan ialah meriah,penuh warna warni dan penglibatan menyeluruh serta menyerlahkan ketrampilan warga SKPG

2011/04/03

Tahniah pasukan SKPG walaupun kurang menyerlah lagi .Banyak faktor perlu dilihat semula terutama dari segi persediaan awal.Sesungguhnya cogankata 'SKPG SAHUT CABARAN'ternyata telah dikota.Cabaran untuk masuk 9 acara balapan dan cabaran supaya perbarisan pasukan SKPG lebih menyernah berbanding tahun lepas.Malangnya bila duduk di belakang pasukan yang lebih menarik dan debom ,Timbalan PPD tak nampak juga SKPG.tak pe jgn sedih,tahun depan unit KO wat hebat lagi .Kita wat ala sambutan Dewali

2011/04/02

Perasmian Logo Dan Bendera SKPG Baru







3 April 2011, Ahad. SK.Pasir Gajah telah menurunkan bendera sekolah yang telah berkibar semenjak penubuhan sekolah 72 tahun yang lalu.Pun begitu,tiada catatan sejarah tahun bendera sekolah mula berkibar.Warna merah ,kuning dan biru mewakili 3 rumah sukan di SKPG sebagai satu langkah penjenamaan semula ,sejajar dengan hasrat sekolah melalui visi dan misi untuk merealisasikan kecemerlangan dan menyerlahkan keterampilan seluruh warganya. Warna merah menunjukkan semangat yang menyemarak ,Warna kuning mewakili harapan yang sentiasa bersinar dan biru melambangkan perpaduan yang melahirkan kesejahteraan.Majlis perlancaran juga turut memperkenalkan lencana yang baru pada SKPG iaitu perubahan pada warna hijau menggantikan warna biru.