2010/06/29

PROGRAM TUNAS ILMU UPSR 2010 BERSAMA APMT




Program ini telah dirancang sebagai lanjutan dari Program Kem Kecemerlangan UPSR .Hasil keprihatinan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) kpd warga sekolah di Daerah Kemaman khususnya SKPG ,program Tunas Ilmu yang berfokus kepada Strategi Menjawab Soalan UPSR telah brjaya diadakan di Merang Suria Beach Resort pada 24.6.2010 - 26.6.2010.Seramai 25 calon UPSR dan 5 pelajar thn 5(tunas cemerlang) bersama guru-guru dan EIO skpg telah menyempurnakan program dengan jayanya.4 fasilitator jemputan dari daerah-daerah berdekatan telah memberikan input yang berkesan dan dibantu dengan sesi mentor mentee oleh guru-guru SKPG sebagai pengukuhan dari ceramah-ceramah tersebut.Kesudian Pengarah APMT untuk memberikan motivasi dan bertemu dengan murid-murid dan guru-guru memberikan impak mendalam pada malam hari pertama di resort itu.
Semoga tranformasi dalam menjana jati diri warga SKPG ini bakal mengorak langkah baru ke arah mencapai visi dan misi SKPG.Syabas !

Program Pemuafakatan IbuBapa Calon UPSR ke-2

Penyerahan rekod pelaporan bagi OTI2 bagi muridT1 hingga 6 telah diadakan pada hari Rabu 23Jun 2010 mulai jam 12.00tgh.Kehadiran ibubapa amat menggalakkan.Ini merupakan open-day yang memberi peluang warga SKPG terutama ibu bapa berbincang dengan guru kelas dan guru matapelajaran tentang masalah anak masing-masing.

Kesempatan ini digunakan oleh pihak sekolah berinteraksi secara lebih mesra dengan menganjurkan program pemuafakatan Ibu bapa Calon UPSR kali ke-2 yang lebih berfokus kepada matapelajaran .Dalam sesi ini semua guru matapelajaran bertindak sebagai mentor dengan menyatakan tips-tips yang sepatutnya dikuasai oleh calon dalam mengatasi kelemahan mereka.Melalui program ini diharapkan ibu bapa mampu memainkan peranan dalam mengukuhkan penguasaan murid.SYABAS KEPADA IBU BAPA CALON UPSR 2010,KEHADIRAN 100% ANDA MENYUNTIK SEMANGAT KAMI UNTUK TERUS BEKERJA KERAS UNTUK MEREALISASIKAN KECEMERLANGAN SKPG

2010/06/06

Majlis Motivasi Murid Tahun 6 Anjuran Majlis Guru Besar Kemaman 2010

Seramai 8 orang murid target cemerlang UPSR SK Pasir Gajah telah menyertai Majlis motivasi murid tahun 6 yang dianjurkan di Dewan Orang Ramai Kg. Pasir Gajah oleh Majlis Guru Besar Kemaman pada17/05/2010. Teacher Nor Zaliha dan Cikgu Che Wan Mohd Tepey merupakan guru yang mengiringi murid ke majlis tersebut.



Hari Guru Peringkat Sekolah SK Pasir Gajah 2010

SELAMAT HARI GURU BUAT WARGA PENDIDIK SK PASIR GAJAH
warga pendidik dan staff SK Pasir Gajah

Tanggal 16 Mei 2010, para guru di SKPG diraikan bersempenaan sambutan Hari Guru. Majlis dirasmikan dengan ucapan daripada Guru Besar SK Pasir Gajah, Pn. Hjh. Naslah binti Abdullah, dan diikuti beberapa ucapan dari guru2 lain. Kemudian, penyerahan sepanduk Hari Guru yang disiapkan dan ditandangani oleh para pelajar telah menjadi perhatian pada hari sambutan tersebut.



Beralih pula kepada aktiviti outdoor atau sukaneka yang disertai oleh para guru yang telah merakamkan pelbagai detik manis dan penuh dengan gelak tawa. Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah, membaling gelung ke dalam kon.


Aktiviti di dalam dewan pula, melibatkan persembahan dari para pelajar dan penyampaian hadiah.






Gotong-royong kali ke-2 sempena Hari Guru

SKPG melancarkan gotong royong kali ke-2nya pada 15/05/2010 bersempenaan dengan sambutan Hari Guru yang menjelang. Objektif aktiviti ini adalah, bagi membersihkan dan menyediakan tempat2 yang akan digunakan pada sambutan hari tersebut, agar memudahkan perjalanan aktiviti. Kakitangan yang terlibat termasuklah, para guru, AJK PIBG dan murid2 tahun 5 & 6 SK Pasir Gajah.

Kem Cakna Cemerlang

Pada 29-30/03 dan 1/04/2010, SK Pasir Gajah telah menerima 20 orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kota Bharu (IPGKB) yang diiringi seorang pensyarah. Sebuah program dilaksanakan bagi mengalu-alukan kehadiran mereka ke SK Pasir Gajah, iaitu sebuah program kolabrasi Kem Cakna Cemerlang yang dianjurkan bersama SKPG, IPGKB dan PIBG. Selain kelas2, murid2 tahun 6 turut diberikan ceramah akademik dan aktiviti membina motivasi. Aktiviti ini berjaya melibatkan guru2 pelatih tersebut sebagai fasilitator dan kerjasama yang diberikan oleh mereka adalah baik dan membanggakan. Pihak SKPG berharap agar program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan.








Kejohanan Badminton MSSD Kemaman

Kejohanan badminton ini telah diadakan di dewan besar Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga pada 2.30 p.m, pada 25/04/2010. SK Pasir Gajah telah berjaya merebut johan buat pasukan badminton beregu perempuan, dan ribuan terima kasih diucapkan atas penat lelah para pemain dan jurulatih pasukan iaitu, teacher Zaidi yang telah memberikan komitmen dalam memberikan khidmat nasihat dan latihan demi kejohanan tersebut.

Program Wacana Pendidikan

Program motivasi keibubapaan anjuran PIBG SKPG yang dilangsungkan di dewan orang ramai di kampung Pasir Gajah. Ianya melibatkan seramai 160 orang peserta dan diberikan ceramah motivasi tentang keibubapaan.

YDSM Smart English Competiton Peringkat Sekolah

Pada Selasa, 2/3/2010, panel bahasa Inggeris SKPG dengan kerjasama para guru telah berjaya melaksanakan sebuah program yang disarankan Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) yang bernama SMART ENGLISH. Program ini dilaksanakan untuk menerapkan amalan membaca di kalangan pelajar. Para peseta dibahagikan mengikut rumah sukan masing-masing sewaktu menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan dalam program tersebut. Ianya merupakan aktiviti stesen-ke-stesen yang melibatkan tiga tahap kemahiran membaca iaitu, advance,intermediate dan low achievers. Aktiviti ini berjalan selama 3 jam iaitu dari pukul 3 - 6 p.m. Di akhir program, rumah biru telah menjuarai program ini, manakala rumah kuning dan merah masing- masing meraih tempat kedua dan ketiga.