2010/10/22

Sambutan Hari Raya Peringkat SKPG

Sambutan Hari Raya Peringkat SK Pasir Gajah


2010/10/17

Hari Penyampaian Hadiah Minggu Kokurikulum

Penyampaian Hadiah untuk pemenang Hari Kokurikulum pada Khamis 14OCT 2010.Pertandingan acara pemasangan Khemah,Kawad,Jejak Kemahiran dan Sukan permainan telah diadakan sepanjang minggu mulai 7 Okt 2010.Semasa ucapan Guru Besar dalam majlis perasmian ,beliau menegaskan Disiplin dan Kesungguhan adalah asas Kecemerlangan.Potensi dalam diri perlu diserlahkan supaya SKPG mempunyai watak-watak yang boleh diketengahkan.Syabas kepada Unit Kokurikulum di bawah gandingan Guru dan Staf dalam menjayakan program ini.Murid-murid menerima hadiah berupa medal dan hamper.Penyertaan murid tahun 6 dalam permainan menggalakkan !

2010/09/23

UPSR

23 September 2010

Semalam selesailah sudah Peperiksaan UPSR yang merupakan kemuncak bagi setiap sekolah rendah di Malaysia.

Alhamdullilah, syukur pada ilahi kerana semua calon di SKPG telah dikurniakan dengan kesihatan yang baik dan mampu menduduki peperiksaan tanpa sebarang masalah. Semoga usaha murid-murid SKPG akan mendapat kejayaan yang akan mengharumkan nama SKPG.

Kepada guru-guru tahun 6, jangan gundah-gulana insyallah segala usaha dan berkat doa murid-murid kita akan berjaya. Apa pun jutaan terima kasih kepada mereka yang selama ini bertungkus-lumus mendidik anak bangsa tanpa mengira masa dan penat lelah. Terima kasih sekali lagi.

Tidak lupa jua kepada guru-guru yang keluar bertugas menyelia peperiksaan UPSR ucapan terima kasih kepada mereka semua, kerana merekalah antara insan-insan yang menjayakan peperiksaan UPSR.

Sekian.

mrb

2010/09/20

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2010

Program Hari Kemerdekaan pada 30 Ogos 2010

Pada Bulan Kemerdekaan ini pelbagai aturcara telah diaturkan bagi menghayati dan memeriahkannya. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut:-

1) Pertandingan Menghias kelas.
2) Pertandingan Silang Kata.
3) Pertandingan Mewarna.
4) Kuiz kemerdekaan.

Kemuncak Bulan kemerdekaan berlansung pada 30 Ogos dimana pelbagai acara telah dilansungkan dengan meriah dan penuh dengan semangat patrioritik. Tayangan slide Kemerdakaan yang telah dibekalkan oleh Kementerian telah berjaya menarik minat murid-murid terhadap sejarah Kemerdekaan Negara kita.

Majlis juga diturut dimeriahkan dengan perkongsian pengalaman dari tetamu undangan sekolah SKPG iaitu Tn.Hj Yusof bin Kamarudin selaku warga emas dan juga Imam kampung Pasir Gajah.

Seterusnya majlis diteruskan dengan penyerahan hadiah dan cenderahati kepada pemenang kuiz dan pertandingan.

Dewan SKPG juga turut didendangkan dengan lagu-lagu sambutan kemerdekaan dan patrioritik dari murid-murid. Akhir sekali SKPG telah digegarkan dengan laungan Kemerdekaan dari murid dan guru SKPG.




Titip Kasih

Program Titip Kasih Pada 19 Sept 2010.

Semalam berlangsunglah sudah program Titip Kasih yang simboliknya menandakana tamatnya pendidikan dari kami guru-guru SKPG kepada calon-calon UPSR. Majlis diacarakan oleh Pn.Azila dan disempurnakan oleh yang berusaha Puan Guru Besar Pn.Hjh Naslah.







2010/06/29

PROGRAM TUNAS ILMU UPSR 2010 BERSAMA APMT




Program ini telah dirancang sebagai lanjutan dari Program Kem Kecemerlangan UPSR .Hasil keprihatinan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) kpd warga sekolah di Daerah Kemaman khususnya SKPG ,program Tunas Ilmu yang berfokus kepada Strategi Menjawab Soalan UPSR telah brjaya diadakan di Merang Suria Beach Resort pada 24.6.2010 - 26.6.2010.Seramai 25 calon UPSR dan 5 pelajar thn 5(tunas cemerlang) bersama guru-guru dan EIO skpg telah menyempurnakan program dengan jayanya.4 fasilitator jemputan dari daerah-daerah berdekatan telah memberikan input yang berkesan dan dibantu dengan sesi mentor mentee oleh guru-guru SKPG sebagai pengukuhan dari ceramah-ceramah tersebut.Kesudian Pengarah APMT untuk memberikan motivasi dan bertemu dengan murid-murid dan guru-guru memberikan impak mendalam pada malam hari pertama di resort itu.
Semoga tranformasi dalam menjana jati diri warga SKPG ini bakal mengorak langkah baru ke arah mencapai visi dan misi SKPG.Syabas !

Program Pemuafakatan IbuBapa Calon UPSR ke-2

Penyerahan rekod pelaporan bagi OTI2 bagi muridT1 hingga 6 telah diadakan pada hari Rabu 23Jun 2010 mulai jam 12.00tgh.Kehadiran ibubapa amat menggalakkan.Ini merupakan open-day yang memberi peluang warga SKPG terutama ibu bapa berbincang dengan guru kelas dan guru matapelajaran tentang masalah anak masing-masing.

Kesempatan ini digunakan oleh pihak sekolah berinteraksi secara lebih mesra dengan menganjurkan program pemuafakatan Ibu bapa Calon UPSR kali ke-2 yang lebih berfokus kepada matapelajaran .Dalam sesi ini semua guru matapelajaran bertindak sebagai mentor dengan menyatakan tips-tips yang sepatutnya dikuasai oleh calon dalam mengatasi kelemahan mereka.Melalui program ini diharapkan ibu bapa mampu memainkan peranan dalam mengukuhkan penguasaan murid.SYABAS KEPADA IBU BAPA CALON UPSR 2010,KEHADIRAN 100% ANDA MENYUNTIK SEMANGAT KAMI UNTUK TERUS BEKERJA KERAS UNTUK MEREALISASIKAN KECEMERLANGAN SKPG