2011/04/02

Perasmian Logo Dan Bendera SKPG Baru







3 April 2011, Ahad. SK.Pasir Gajah telah menurunkan bendera sekolah yang telah berkibar semenjak penubuhan sekolah 72 tahun yang lalu.Pun begitu,tiada catatan sejarah tahun bendera sekolah mula berkibar.Warna merah ,kuning dan biru mewakili 3 rumah sukan di SKPG sebagai satu langkah penjenamaan semula ,sejajar dengan hasrat sekolah melalui visi dan misi untuk merealisasikan kecemerlangan dan menyerlahkan keterampilan seluruh warganya. Warna merah menunjukkan semangat yang menyemarak ,Warna kuning mewakili harapan yang sentiasa bersinar dan biru melambangkan perpaduan yang melahirkan kesejahteraan.Majlis perlancaran juga turut memperkenalkan lencana yang baru pada SKPG iaitu perubahan pada warna hijau menggantikan warna biru.

2011/03/29

Olahraga MSSD

Catur

Naib Johan Kejohanan Catur MSSD Kemaman - Wan Nor Ramizah Amani Bt. Wan Remali

2011/03/13

TSUNAMI DI JEPUN KE?





Bukan kesan tsunami !
Bangunan Pentadbiran memerlukan penyelenggaraan bagi mengatasi masalah lebih kritikal.Lebih kurang jam 7 ptg semalam(13 Mac 2011) bunyi yang disangkakan gerakan bumi rupanya gerakan atap dan rasuk kayu ke bumi.Alhamdulillah tiada yang cedera.Laporan yang telah dibuat tahun lepas, tiba ke penamatnya.Terima kasih atas lawatan dan tindakan segera En.Rahim Mohamed,Pegawai Pengurusan Pembangunan & Bekalan,PPD Kemaman.Harap Tahun ni dapat bangunan baru 3 tingkat!

2011/02/12

Mesyuarat Agung PIBG kali Ke 34.



Jumaat, 12 Februari 2011. SKPG telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 34 di Dewan Harmoni SKPG. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Roshali Bin Taha iaitu Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT)
Majlis telah berjalan dengan lancar dah sebanyak 157 kedatangan telah catatkan pada hari tersebut, ini adalah merupakan satu jumlah yang memberansangkan.

2011/02/09

Perlantikan Pengawas 2011


Pada Rabu, 10.Februari 2011 SKPG telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Pengawas. Pada majlis tersebut bukan saja pengawas sekolah malah pengawas pusat sumber, ketua kelas dan pembantu ketua kelas turut menerima watikah perlantikan masing-masing.

Majlis turut memuatkan taklimat kes juvana yang disampaikan oleh SM Mohd Shakri b.Abu Bakar iaitu Ketua Balai Polis Pasir Gajah. Semoga dengan taklimat beliau akan dapat membantu meningkatkan kesedaran murid-murid terhadap kes juvana yang semakin meruncing dalam masyarakat kita hari ini.

Penyerahan watikah perlantikan telah disempurnakan oleh SM Mohd Shakri b.Abu Bakar yang diiringi oleh Puan Guru Besar SKPG. Apa yang diharapkan adalah dengan penyerahan watikah ini akan dapat membawa kesedaran kepada murid akan tanggungjawab yang mereka sandang.
Majlis berakhir dengan sessi bergambar antara pengawas dan SM Mohd Shakri dan guru-guru.

Mr.B

2011/02/06

Merentas Desa 2011




Rabu, 2 Februari 2011. Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah telah mengadakan acara sukan Merentas Desa yang melibatkan pernyertaan semua murid SKPG.

Acara bermula pada pukul 8.30 pagi dan diakhiri pada pukul 10.30 pagi. Seramai 207 orang murid menyertai larian pada hari tersebut. Semua murid yang menyertai telah berjaya menamatkan larian tanpa sebarang masalah atau kesulitan.
Terima kasih diucapkan kepada semua warga SKPG dan juga angota polis yang turut sama membantu menjayakan program Merentas Desa tersebut.

Untuk Gambar Klik SAYA.