2014/05/26

PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1 PERINGKAT PKG BINJAI


Pada 1 April 2014, SK Pasir Gajah telah menghantar beberapa orang murid untuk menyertai Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu di SK Chukai.  Murid-murid menunjukkan minat dan bakat tersendiri dalam menyertai pertandingan yang telah dianjurkan.

Tahniah diucapkan kepada adik Safi Sarah binti Mohd Zamri kerana memenangi tempat kedua dalam pertandingan tersebut.







Sekian, terima kasih.



2013/10/06

ENGLISH WEEK 2013

Assalamualaikum

Pada 29 Sepetember 2013, SK Pasir Gajah telah menganjurkan aktiviti English Week.Ramai murid yang terlibat dalam aktiviti ini terutamanya murid Tahap 2.Aktiviti ini berlangsung selama satu minggu.

Antara pertandingan yang diadakan adalah "Action Song", " Spell It Right Challenge", "Recite Poem" and " Speech".Murid-murid menunjukkan minat dan sangat teruja dalam menyertai pertandingan yang telah dianjurkan.

Tahniah juga diucapkan kepada Panel Bahasa Inggeris kerana telah berjaya menjalankan aktiviti yang penuh bermanfaat dan berilmu buat semua murid.









2013/09/18

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN KEMERDEKAAN

Assalamualaikum

Pada 15 September 2013, SK Pasir Gajah telah mengadakan majlis penutup sambutan kemerdekaan.Majlis tersebut berlangsung di SK Pasir Gajah pada pukul 8.00 pagi.Semua murid tahap 1 dan tahap 2 terlibat dalam acara yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti basikal berhias,pakaian patriotik,pertandingan mewarna poster dan juga nyanyian lagu patriotik.

Sambutan majlis tersebut berjalan dengan lancar.Murid-murid juga sangat gembira dan teruja dalam menjayakan majlis tersebut sekaligus menyambut Hari Malaysia yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik.






Sekian,Terima Kasih

2013/09/17

SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA DAN PERPISAHAN

Assalamualaikum

Syawal baru sahaja melabuhkan tirainya,pihak SK Pasir Gajah tidak melepaskan peluang untuk meraikan sambutan majlis tersebut dan meraikan majlis perpisahan En Mohamad Zawawi bin Mohamad yang telah bertukar ke SK Pusat.

Beberapa aktiviti dijalankan sepanjang majlis tersebut antaranya persembahan murid Tahap 1 dan Tahap 2.Selain itu juga aktiviti cabutan bertuah juga turut berlangsung dan tidak dilupakan ucapan yang dialu-alukan dari Tuan Guru Besar En Tajudin Mohamad juga kedatangan yang diraikan En Mohamad Zawawi bin Mohamad.










Sekian ,Terima Kasih