23 September 2010
Semalam selesailah sudah Peperiksaan UPSR yang merupakan kemuncak bagi setiap sekolah rendah di Malaysia.
Alhamdullilah, syukur pada ilahi kerana semua calon di SKPG telah dikurniakan dengan kesihatan yang baik dan mampu menduduki peperiksaan tanpa sebarang masalah. Semoga usaha murid-murid SKPG akan mendapat kejayaan yang akan mengharumkan nama SKPG.
Kepada guru-guru tahun 6, jangan gundah-gulana insyallah segala usaha dan berkat doa murid-murid kita akan berjaya. Apa pun jutaan terima kasih kepada mereka yang selama ini bertungkus-lumus mendidik anak bangsa tanpa mengira masa dan penat lelah. Terima kasih sekali lagi.
Tidak lupa jua kepada guru-guru yang keluar bertugas menyelia peperiksaan UPSR ucapan terima kasih kepada mereka semua, kerana merekalah antara insan-insan yang menjayakan peperiksaan UPSR.
Sekian.
mrb
2010/09/23
2010/09/20
Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2010
Program Hari Kemerdekaan pada 30 Ogos 2010
Pada Bulan Kemerdekaan ini pelbagai aturcara telah diaturkan bagi menghayati dan memeriahkannya. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut:-
1) Pertandingan Menghias kelas.
2) Pertandingan Silang Kata.
3) Pertandingan Mewarna.
4) Kuiz kemerdekaan.
Kemuncak Bulan kemerdekaan berlansung pada 30 Ogos dimana pelbagai acara telah dilansungkan dengan meriah dan penuh dengan semangat patrioritik. Tayangan slide Kemerdakaan yang telah dibekalkan oleh Kementerian telah berjaya menarik minat murid-murid terhadap sejarah Kemerdekaan Negara kita.
Majlis juga diturut dimeriahkan dengan perkongsian pengalaman dari tetamu undangan sekolah SKPG iaitu Tn.Hj Yusof bin Kamarudin selaku warga emas dan juga Imam kampung Pasir Gajah.
Seterusnya majlis diteruskan dengan penyerahan hadiah dan cenderahati kepada pemenang kuiz dan pertandingan.
Dewan SKPG juga turut didendangkan dengan lagu-lagu sambutan kemerdekaan dan patrioritik dari murid-murid. Akhir sekali SKPG telah digegarkan dengan laungan Kemerdekaan dari murid dan guru SKPG.
Titip Kasih
Program Titip Kasih Pada 19 Sept 2010.
Semalam berlangsunglah sudah program Titip Kasih yang simboliknya menandakana tamatnya pendidikan dari kami guru-guru SKPG kepada calon-calon UPSR. Majlis diacarakan oleh Pn.Azila dan disempurnakan oleh yang berusaha Puan Guru Besar Pn.Hjh Naslah.
2010/06/29
PROGRAM TUNAS ILMU UPSR 2010 BERSAMA APMT


Semoga tranformasi dalam menjana jati diri warga SKPG ini bakal mengorak langkah baru ke arah mencapai visi dan misi SKPG.Syabas !
Program Pemuafakatan IbuBapa Calon UPSR ke-2
Penyerahan rekod pelaporan bagi OTI2 bagi muridT1 hingga 6 telah diadakan pada hari Rabu 23Jun 2010 mulai jam 12.00tgh.Kehadiran ibubapa amat menggalakkan.Ini merupakan open-day yang memberi peluang warga SKPG terutama ibu bapa berbincang dengan guru kelas dan guru matapelajaran tentang masalah anak masing-masing.
Kesempatan ini digunakan oleh pihak sekolah berinteraksi secara lebih mesra dengan menganjurkan program pemuafakatan Ibu bapa Calon UPSR kali ke-2 yang lebih berfokus kepada matapelajaran .Dalam sesi ini semua guru matapelajaran bertindak sebagai mentor dengan menyatakan tips-tips yang sepatutnya dikuasai oleh calon dalam mengatasi kelemahan mereka.Melalui program ini diharapkan ibu bapa mampu memainkan peranan dalam mengukuhkan penguasaan murid.SYABAS KEPADA IBU BAPA CALON UPSR 2010,KEHADIRAN 100% ANDA MENYUNTIK SEMANGAT KAMI UNTUK TERUS BEKERJA KERAS UNTUK MEREALISASIKAN KECEMERLANGAN SKPG
2010/06/06
Majlis Motivasi Murid Tahun 6 Anjuran Majlis Guru Besar Kemaman 2010
Seramai 8 orang murid target cemerlang UPSR SK Pasir Gajah telah menyertai Majlis motivasi murid tahun 6 yang dianjurkan di Dewan Orang Ramai Kg. Pasir Gajah oleh Majlis Guru Besar Kemaman pada17/05/2010. Teacher Nor Zaliha dan Cikgu Che Wan Mohd Tepey merupakan guru yang mengiringi murid ke majlis tersebut.



Hari Guru Peringkat Sekolah SK Pasir Gajah 2010
SELAMAT HARI GURU BUAT WARGA PENDIDIK SK PASIR GAJAH






warga pendidik dan staff SK Pasir Gajah
Tanggal 16 Mei 2010, para guru di SKPG diraikan bersempenaan sambutan Hari Guru. Majlis dirasmikan dengan ucapan daripada Guru Besar SK Pasir Gajah, Pn. Hjh. Naslah binti Abdullah, dan diikuti beberapa ucapan dari guru2 lain. Kemudian, penyerahan sepanduk Hari Guru yang disiapkan dan ditandangani oleh para pelajar telah menjadi perhatian pada hari sambutan tersebut.






Beralih pula kepada aktiviti outdoor atau sukaneka yang disertai oleh para guru yang telah merakamkan pelbagai detik manis dan penuh dengan gelak tawa. Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah, membaling gelung ke dalam kon.
Subscribe to:
Posts (Atom)