2013/02/24
2013/02/04
SAMBUTAN HARI MAULIDUL RASUL
Salam.
Seperti sedia maklum,pada 29 Januari 2013 SK Pasir Gajah telah mengadakan Sambutan Hari Maulidul Rasul perigkat sekolah bagi mengingati lahirnya Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Sambutan itu telah diaadakan di Dewan Harmoni SK Pasir Gajah tepat pada 8.00 pagi.Banyak acara yang telah dianjurkan pihak sekolah seperti pertandingan nasyid,syair dan bacaan puisi.Hampir semua murid telah melibatkan diri dalam pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Berikut adalah sedikit bingkisan untuk pembaca blog SK Pasir Gajah:
Sekian,Terima Kasih.
2013/01/01
BENCANA ALAM
Assalamualaikum
Seperti sedia maklum ,bencana alam telah melanda di kawasan Pantai Timur tidak terkecuali SK Pasir Gajah dan juga kawasan-kawasan yang berdekatan.Pada masa yang sama ,penduduk di kawasan ini diarahkan berpindah ke tempah pemindahan banjir untuk langkah keselamatan penduduk itu sendiri.Bencana ini juga telah menyebabkan sebahagian peralatan di sekolah telah ranap dan hanya beberapa peralatan sahaja yang boleh digunakan.
Pihak sekolah telah mengadakan gotong -royong untuk membersihkan kawasan sekolah serta bilik-bilik yang terlibat dengan banjir.
Sedikit bingkisan untuk pembaca blog SK Pasir Gajah:
Sekian terima kasih.2012/12/23
EPIC BANTU MURID MISKIN
Pada 19 Disember 2012, pihak Epic telah memilih 40 orang murid miskin dari Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah dalam program 'Back To School' 2013 anjuran Eastern Pacific Industrial Corporation (Epic) Bhd bertemakan 'Epic Cares'. Kegembiraan dan rasa teruja jelas tergambar di wajah para pelajar tersebut kerana mereka bukan sahaja dibawa membeli-belah di kompleks beli-belah Mesra Mall malah turut dihibur dengan pelbagai aktiviti yang menarik.
Program ini juga dapat meringankan beban para ibu bapa sempena sesi persekolahan tahun baru 2013 akan bermula tidak lama lagi. Maklum balas daripada pihak murid, mereka sangat berpuas hati dengan program tersebut. Dengan ini, pihak sekolah amat berterima kasih kepada pihak Epic dan semua yang membantu. Kami juga berharap banyak lagi pihak yang tampil membantu sebilangan murid yang kurang berkemampuan di sekitar Kanpung Pasir Gajah ini.
2012/11/21
MAJLIS KESYUKURAN ANJURAN PIBG SKPG
MAJLIS KESYUKURAN ANJURAN PIBG SKPG
Tarikh : 21 November 2012
Hari : Rabu
Masa : 2.30 petang
Anjuran : PIBG Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah
Setiap tahun PIBG meraikan guru - guru dan murid - murid Tahun 6. Seperti tahun lepas, pada tahun ini seekor lembu ditumbangkan hasil sumbangan YDP PIBG, Encik Anuar bin Ismail. Majlis Kesyukuran ini dihadiri oleh 5 orang daripada Pegawai PPD Kemaman, Ketua Kampung, wakil dari pihak Balai Polis Kampung Pasir Gajah dan penduduk setempat. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan jayanya dan sungguh meriah.
2012/11/07
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2012
Alhamdulillah akhirnya Majlis Kecemerlangan Ilmu dan Graduasi Prasekolah bagi Tahun 2012 ini telah berlangsung dengan jayanya pagi tadi. Terima kasih kepada semua yang hadir kerana kehadiran pada tahun ini sangat memuaskan. Di luar jangkaan. Ribuan terima kasih juga buat semua yang terlibat bagi menjayakan majlis ini - JKKK , Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) , guru-guru dan semua. Semoga majlis gilang-gemilang seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun-tahun yang akan datang. Insya-Allah.
| Tokoh Murid Lelaki Tahun 2012 . Seorang murid yang berhemah tinggi dan cemerlang di bidang akademik dan kokurikulum. |
Sekian Terima Kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)














