2010/06/06

Kem Cakna Cemerlang

Pada 29-30/03 dan 1/04/2010, SK Pasir Gajah telah menerima 20 orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kota Bharu (IPGKB) yang diiringi seorang pensyarah. Sebuah program dilaksanakan bagi mengalu-alukan kehadiran mereka ke SK Pasir Gajah, iaitu sebuah program kolabrasi Kem Cakna Cemerlang yang dianjurkan bersama SKPG, IPGKB dan PIBG. Selain kelas2, murid2 tahun 6 turut diberikan ceramah akademik dan aktiviti membina motivasi. Aktiviti ini berjaya melibatkan guru2 pelatih tersebut sebagai fasilitator dan kerjasama yang diberikan oleh mereka adalah baik dan membanggakan. Pihak SKPG berharap agar program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan.








No comments: