Pada Selasa, 2/3/2010, panel bahasa Inggeris SKPG dengan kerjasama para guru telah berjaya melaksanakan sebuah program yang disarankan Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) yang bernama SMART ENGLISH. Program ini dilaksanakan untuk menerapkan amalan membaca di kalangan pelajar. Para peseta dibahagikan mengikut rumah sukan masing-masing sewaktu menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan dalam program tersebut. Ianya merupakan aktiviti stesen-ke-stesen yang melibatkan tiga tahap kemahiran membaca iaitu, advance,intermediate dan low achievers. Aktiviti ini berjalan selama 3 jam iaitu dari pukul 3 - 6 p.m. Di akhir program, rumah biru telah menjuarai program ini, manakala rumah kuning dan merah masing- masing meraih tempat kedua dan ketiga.
No comments:
Post a Comment