2011/01/23

Perjumpaan Ibu bapa UPSR 2011



Pada 20.01.2011 bersamaan hari Khamis Sekolah Pasir Gajah telah mengadakan perjumpaan dan juga sesi motivasi besama ibu bapa tahun 6.Perjumpaan bermula pada pukul 9.00 pagi di Dewan Harmoni Sk.Pasir Gajah. Seramai 24 orang ibu bapa telah hadir pada perjumpaan tersebut. Iaitu satu jumlah yang membanggakan kami pihak guru. Ini menunjukkan komitmen ibu bapa dalam mengembeleng tenaga bersama pihak pendidik. Terima kasih kami ucapkan pada mereka yang sudi meluangkan masa pada hari tersebut.

Majlis turut memuatkan sesi motivasi yang disampaikan oleh En.Mohd Noor bin A Rahman bagi mempertingkatkan pemahaman tingkah laku anak mereka. Sesi kemudian diteruskan dengan slot soal jawab antara guru dan ibubapa.


Secara umumnya majlis telah berjalan dengan baik dan kami sangat gembira dengan jumlah kehadiran ibubapa yang telah menyampaikan mesej yang tersembunyi pada kami. Semoga kehadiran ini akan dapat diteruskan lagi pada majlis-majlis akan datang.


No comments: