2011/02/09

Perlantikan Pengawas 2011


Pada Rabu, 10.Februari 2011 SKPG telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Pengawas. Pada majlis tersebut bukan saja pengawas sekolah malah pengawas pusat sumber, ketua kelas dan pembantu ketua kelas turut menerima watikah perlantikan masing-masing.

Majlis turut memuatkan taklimat kes juvana yang disampaikan oleh SM Mohd Shakri b.Abu Bakar iaitu Ketua Balai Polis Pasir Gajah. Semoga dengan taklimat beliau akan dapat membantu meningkatkan kesedaran murid-murid terhadap kes juvana yang semakin meruncing dalam masyarakat kita hari ini.

Penyerahan watikah perlantikan telah disempurnakan oleh SM Mohd Shakri b.Abu Bakar yang diiringi oleh Puan Guru Besar SKPG. Apa yang diharapkan adalah dengan penyerahan watikah ini akan dapat membawa kesedaran kepada murid akan tanggungjawab yang mereka sandang.
Majlis berakhir dengan sessi bergambar antara pengawas dan SM Mohd Shakri dan guru-guru.

Mr.B

2011/02/06

Merentas Desa 2011




Rabu, 2 Februari 2011. Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah telah mengadakan acara sukan Merentas Desa yang melibatkan pernyertaan semua murid SKPG.

Acara bermula pada pukul 8.30 pagi dan diakhiri pada pukul 10.30 pagi. Seramai 207 orang murid menyertai larian pada hari tersebut. Semua murid yang menyertai telah berjaya menamatkan larian tanpa sebarang masalah atau kesulitan.
Terima kasih diucapkan kepada semua warga SKPG dan juga angota polis yang turut sama membantu menjayakan program Merentas Desa tersebut.

Untuk Gambar Klik SAYA.

2011/01/31

Perlancaran NILAM






Hari ini Sk.Pasir Gajah melancarkan program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM). Porgram ini telah lama diwujudkan bagi meningkatkan amalan membaca dikalangan murid-murid. Melalui program NILAM murid akan disukat tahap pembacaan mereka samada di sekolah ataupun di rumah.

Oleh itu marilah kita sama-sama memberikan sokongan kepada program ini. Ibubapa boleh membantu dengan mengalakkan anak-anak membaca apa saja bahan bacaan yang sesuai dirumah. Sesungguh melalui pembacaanlah murid-murid akan mendapat lebih banyak input dan pengetahuan.

2011/01/23

Perjumpaan Ibu bapa UPSR 2011



Pada 20.01.2011 bersamaan hari Khamis Sekolah Pasir Gajah telah mengadakan perjumpaan dan juga sesi motivasi besama ibu bapa tahun 6.Perjumpaan bermula pada pukul 9.00 pagi di Dewan Harmoni Sk.Pasir Gajah. Seramai 24 orang ibu bapa telah hadir pada perjumpaan tersebut. Iaitu satu jumlah yang membanggakan kami pihak guru. Ini menunjukkan komitmen ibu bapa dalam mengembeleng tenaga bersama pihak pendidik. Terima kasih kami ucapkan pada mereka yang sudi meluangkan masa pada hari tersebut.

Majlis turut memuatkan sesi motivasi yang disampaikan oleh En.Mohd Noor bin A Rahman bagi mempertingkatkan pemahaman tingkah laku anak mereka. Sesi kemudian diteruskan dengan slot soal jawab antara guru dan ibubapa.


Secara umumnya majlis telah berjalan dengan baik dan kami sangat gembira dengan jumlah kehadiran ibubapa yang telah menyampaikan mesej yang tersembunyi pada kami. Semoga kehadiran ini akan dapat diteruskan lagi pada majlis-majlis akan datang.


2010/10/22

Sambutan Hari Raya Peringkat SKPG

Sambutan Hari Raya Peringkat SK Pasir Gajah


2010/10/17

Hari Penyampaian Hadiah Minggu Kokurikulum

Penyampaian Hadiah untuk pemenang Hari Kokurikulum pada Khamis 14OCT 2010.Pertandingan acara pemasangan Khemah,Kawad,Jejak Kemahiran dan Sukan permainan telah diadakan sepanjang minggu mulai 7 Okt 2010.Semasa ucapan Guru Besar dalam majlis perasmian ,beliau menegaskan Disiplin dan Kesungguhan adalah asas Kecemerlangan.Potensi dalam diri perlu diserlahkan supaya SKPG mempunyai watak-watak yang boleh diketengahkan.Syabas kepada Unit Kokurikulum di bawah gandingan Guru dan Staf dalam menjayakan program ini.Murid-murid menerima hadiah berupa medal dan hamper.Penyertaan murid tahun 6 dalam permainan menggalakkan !